Pages

Thursday, March 10, 2011

Tinggal Harapan yang ada..

Barisan pemain Arsenal yang gagal menghalang kemarahan Barcelona
LONDON: Dua minggu lalu Arsenal memasang impian untuk menjulang empat piala namun selepas perlawanan suku akhir Piala FA Ahad ini menentang Manchester United di Old Trafford, peluang mereka untuk merangkul gelaran mungkin hanya tinggal Liga Perdana.

Arsenal dikejutkan dengan kekalahan di tangan Birmingham City pada final Piala Liga, disingkirkan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara dan terlepas peluang untuk merapatkan kedudukan dengan United dalam persaingan tempat teratas Liga Perdana apabila mereka seri 0-0 di laman sendiri kepada Sunderland.

Pengurus Arsene Wenger yang berang dengan layangan kad merah kepada Robin van Persie kerana dianggap sebagai punca kekalahan 3-1 di Nou Camp harus kembali fokus jika mahu meraih trofi utama sejak menjuarai Piala FA pada 2005.

RVP tak puas hati bila diarah keluar oleh reff setelah dilayang kad merah
Ketika United juga berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran Liga Perdana dan akan bertemu di Emirates bulan depan dalam perlawanan liga, pertembungan awal pagi Ahad ini akan memberi peluang bagi mendapat kelebihan psikologi.

Arsenal tidak pernah menang di Old Trafford sejak 2006 apabila tumpas dalam liga, Liga Juara-Juara dan Piala FA yang menyaksikan mereka dibelasah 4-0 pada 2008.

Mereka dijangka tidak akan beraksi tanpa Cesc Fabregas selepas kapten itu mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan menentang Barcelona selain penjaga gol utama Wojciech Szczesny yang terpaksa berehat akibat patah jari.

Dengan Theo Walcott yang turut diketepikan serta Andrey Arshavin bergelut dengan prestasi, ia sememangnya tugas sukar buat Arsenal yang kecundang 0-1 di Old Trafford, Disember lalu.

“Kami perlu meningkatkan prestasi, kami perlu pergi ke sana Ahad ini dan mendapatkan kemenangan. Kami masih bersaing merebut dua kejuaraan dan kami mahu mendapat trofi,” kata pemain tengah, Jack Wilshere.

ARSHAVIN bergelut dengan pretasi yang kurang menentu musim ini
Rentak United juga sedikit terjejas dengan dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga di tangan Chelsea dan Liverpool namun mereka masih mempunyai rekod baik di laman sendiri di mana mencipta 13 kemenangan dan satu seri dalam 14 perlawanan musim ini.

Pasukan yang memegang rekod kejuaraan 11 Piala itu akan beraksi tanpa pemain sayap, Nani selepas dia mengalami kecederaan kaki ketika tumpas 1-3 kepada Liverpool.

Namun segala perancangan skuad kendalian Alex Ferguson itu tidak diketahui jika pengurus itu terus enggan bertemu dengan pihak media selepas dua kekalahan liga.

Reading pasukan tunggal bukan dari Liga Perdana dalam kejohanan itu selepas pasukan dari Liga Kejuaraan itu mengalahkan Evertoon di Goodison Park untuk mara ke suku akhir buat musim kedua berturut-turut.

Mereka berdepan laluan penuh ranjau untuk mara lebih jauh apabila berkunjung ke gelanggang Manchester City awal pagi Isnin ini. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...