Pages

Sunday, March 6, 2011

Wilshere belum pasti..

JACK WILSHERE masih mengalami kecederaan

LONDON: Arsene Wenger mengaku kedudukan pemain tengah England, Jack Wilshere bagi pertembungan dengan Barcelona, Rabu ini masih belum pasti selepas pemain itu mengalami kecederaan.

Wilshere mengalami kecederaan buku lali ketika pasukannya seri 0-0 dengan Sunderland di laman sendiri, semalam dan pengurus Gunners, Wenger belum dapat mengesahkan tahap kecederaannya.

“Wilshere cedera buku lali,” kata Wenger. “Kami akan lihat keputusan ujian. Dia tidak akan berlatih esok (hari ini). Mungkin dia akan kembali berlatih sehari selepas itu,” katanya.

Ketika Arsenal mahu mempertahankan kelebihan kemenangan 2-1 perlawanan pertama, dua pemain tengah, Cesc Fabregas dan Alex Song pula bergelut untuk kembali cergas bagi aksi perlawanan kedua di Nou Camp.

Yang pasti, kecederaan Wilshere memburukkan lagi situasi Wenger ketika ini.

Penyerang Belanda, Robin van Persie dan pemain sayap England, Theo Walcott disahkan tidak dapat beraksi dan Wenger turut kecewa melihat anak buahnya mensia-siakan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana, Manchester United.

Jika United menewaskan Liverpool, mereka akan memiliki kelebihan enam mata dan Wenger pastinya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Anthony Taylor yang tidak menghadiahkan penalti di penghujung permainan apabila Andrei Arshavin dikasari Titus Bramble.

Pertikaian itu timbul kerana Arshavin tidak berada dalam kedudukan ofsaid selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat.

“Saya terlalu kecewa untuk membincangkan insiden itu. Perkara sebegini boleh memberikan impak kepada Liga Perdana. Keputusan ini tidak adil.

“Saya gembira dengan aksi yang ditunjukkan. Kami bertahan dengan baik. Kami cuma kurang kreatif namun kami sebenarnya perlu bersabar.

Agak mengecewakan apabila anda berusaha bersungguh-sungguh namun bahagian serangan kurang berkesan serta dua keputusan yang tidak berpihak kepada kami.

“Mereka menghukum kami terutama keputusan ofsaid yang tidak tepat. Jika Arshavin jatuh, anda akan cakap dia sengaja menjatuhkan badan. Saya fikir memang patut dia terus bangun selepas dijatuhkan.

“Tidak perlu menjadi seorang pakar untuk menilai situasi itu. Tugas saya untuk menyusun permainan. Tugas pengadil adalah membuat keputusan tepat,” kata Wenger. - AFP

2 comments:

  1. padan muka man u klh smlm.puas ht aku....tp syg ye kalau wilshere xmain..barca tu bukan orient...

    ReplyDelete
  2. memang padan muka kt Man.kayu.. hahahaaa
    xpe.. kat barca nanti semua fan arsenal mesti yakin wenger akan buat kejutan di sana.. walau pn arsenal sukar utk menang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...