Pages

Monday, August 8, 2011

Fabregas semakin terdesak..

Fabregas dikatakan semakin terdesak untuk mencari jalan untuk meninggalkan Arsenal
Cesc Fabregas begitu terdesak untuk meninggalkan Arsenal ke Barcelona selepas menyatakan dia sedia menolak bonus bernilai 4 juta (RM19.7 juta).

Kira-kira seminggu sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris, pemain berusia 24 tahun dari Sepanyol itu memberitahu Arsenal dia menolak bayaran itu - dipercayai bonus royalti baki empat tahun kontraknya - sebagai usaha untuk menghalangnya daripada berpindah.

Fabregas tidak menyertai rakan sepasukannya ke Lisbon apabila Arsenal tewas 1-2 kepada Benfica, kelmarin. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi alasan Fabregas belum bersedia untuk turun beraksi.

Wenger menambah: “Dia tidak cedera. Dia turun berlatih seperti biasa tapi tidak bermain sejak pertemuan dengan Bolton iaitu kira-kira dua bulan setengah lalu. Situasi mengenai Fabregas masih belum menemui jalan penyelesaian tapi saya tidak mahu bercakap mengenainya.”

Arsenal menegaskan sejak permulaan musim panas lalu bahawa Barcelona perlu membayar sebanyak 40 juta (RM197 juta) untuk mendapatkan Fabregas dan naib presiden kelab Catalan itu, Josep Maria Bartomeu serta pengarah, Raul Sanllehi meninggalkan London Jumaat lalu dengan kegagalan untuk mendapatkan pemain impian jurulatih, Pep Guardiola.

Urusan perpindahan Fabregas yang belum selesai menjejaskan rancangan Wenger untuk mendapatkan pemain lain.

Arsenal tidak dapat membeli pemain Valencia, Juan Mata yang bernilai 20 juta (RM98 juta) selagi belum mendapat harga sebenar sama ada untuk Fabregas atau Samir Nasri.

Difahamkan Arsenal lebih tertumpu untuk menjual Nasri ke Manchester City dengan nilai 25 juta (RM123 juta) bagi membolehkan mereka membeli Mata jika Barcelona tidak bersetuju dengan nilai yang diletakkan untuk Fabregas. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...