Pages

Friday, December 9, 2011

Penyokong Arsenal telah lupa mengenai jualan musim panas - YOSSI BENAYOUN

Yossi Benayoun percaya Arsenal telah pulih sepenuhnya daripada musim panas yang sukar dan mendapatkan penamat empat teratas dalam Premier League
YOSSI Benayoun percaya Arsenal sudah pulih sepenuhnya daripada musim panas yang menyukarkan dan kini berada di landasan terbaik untuk mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat teratas.

Gunners berdepan masalah besar pada awal musim ini berikutan perpindahan dua pemain paling berbakat dimiliki kelab utara London itu.

Pemain tengah, Cesc Fabregas dan Samir Nasri masing-masing berpindah ke Barcelona dan Manchester City dan pasukan berwajah baru Arsene Wenger terkial-kial untuk mempamerkan persembahan biasa mereka lantas mengalami kekalahan demi kekalahan.


Namun, mereka berjaya kembali menemui sentuhan berbisa sejak akhir-akhir ini, memenangi enam daripada tujuh perlawanan terakhir dalam liga dan menempah tiket ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Uefa.

Pemain yang hadir musim panas lalu seperti Per Mertesacker, Andre Santos dan Mikel Arteta kini mula mendapat rentak terbaik di Stadium Emirates dan pemain yang dipinjamkan, Benayoun tidak melihat ada alasan kenapa kelab itu tidak mampu bertindak cemerlang menjelang Tahun Baru.

“Fabregas dan Nasri kedua-duanya pemain yang bagus dan mungkin peminat menjangkakan nama lain, atau nama yang lebih besar,” kata pemain dari Israel itu mengenai urusan perpindahan Wenger.

“Namun semua pemain yang dibeli pada hari terakhir pintu perpindahan membuktikan keupayaan mereka dan bermain dengan lebih bagus serta memenangi perlawanan.

“Penyokong kini faham kami memiliki sebuah pasukan yang bagus dengan banyak kualiti dan saya fikir mereka sudah melupakan pemain itu.

“Kami hanya ketinggalan dua mata di belakang Chelsea, Tottenham dan Man United tidak terlalu jauh di depan.

“Kami mengalahkan Chelsea di gelanggang lawan dan jika anda melakukannya, anda boleh mengalahkan mana-mana pasukan.

“Kami mempamerkan kualiti dan kami hanya perlu meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan membuktikan kehebatan kami di atas padang.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...