Pages

Tuesday, January 10, 2012

Wenger puji Kehebatan Hanry, Ianya Seperti Mimpi - WENGER

HENRY menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada penampilan semula di Stadium Emirates
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menggambarkan gol kemenangan yang dijaringkan Thierry Henry ketika mengalahkan Leeds United 1-0 adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan.

Henry, 34, hanya memerlukan 10 minit untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Penyerang Perancis itu masuk dari bangku simpanan pada minit ke-68 dan membolosi gawang kelab dari Liga Kejuaraan itu dengan penyudah yang cukup sempurna selepas menerima hantaran Alex Song.


Ini adalah aksi pertamanya bersama Arsenal sejak 2007 ketika dia menyertai Barcelona dan kembali bersama skuad The Gunners minggu lepas secara pinjaman selama lapan minggu daripada kelab Amerika Syarikat, New York Red Bulls.

"Dia telah pun menjadi legenda di sini dan menambahkan lagi kehebatannya di sini," kata Wenger.

"Ia seperti satu kisah dalam mimpi kerana ia sesuai untuk diceritakan kepada kanak-kanak yang baru mahu mengenali dunia bola sepak.

"Malangnya, ia bukan selalu terjadi dalam bola sepak, namun kadangkala ia boleh berlaku."

Wenger mengakui Henry mengambil risiko yang besar untuk kembali bersama kelab itu, namun beliau yakin ia satu keputusan yang baik bagi kedua-dua pihak.

"Kamu boleh lihat ketika dia masuk ke padang, kamu boleh rasai kehadirannya dan dia juga amat berbahaya," jelas Wenger.

"Dalam latihan saya boleh lihat dia masih ada penyudah yang tajam. Saya tidak akan memasukkannya jika dia belum bersedia, ia tidak adil baginya." - AFP (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...