Pages

Tuesday, February 14, 2012

Amaran Henry untuk tanda perpisahahn kelab kesayanganya

Thierry Henry: Impak yang paling besar untuk Arsenal dalam suis pinjaman dari MLS

MILAN: Thierry Henry berazam memberi hadiah hari jadi terbaik sebagai tanda perpisahan kepada kelab kesayangannya pada penampilan terakhir bersama Arsenal menentang AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara, esok.

Henry yang membuat penampilan kedua bersama kelab Utara London itu akan kembali ke New York Red Bulls dalam Major League Soccer (MSL).

Selepas mengakhiri komitmen di Liga Perdana dengan cemerlang Sabtu lalu apabila muncul penjaring gol kemenangan ke atas Sunderland, Henry kini mahu meninggalkan kesan sama ketika beraksi di San Siro.


Arsenal dan Milan akan bertemu buat kali kedua dalam tempoh empat tahun dan pertembungan terakhir pada 2008/09, Milan yang membawa bekalan seri tanpa jaringan di Emirates tewas akibat dua gol Cesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor dalam tempoh enam minit di Itali menyaksikan Arsenal menang dengan agregat 2-0.

Sejak itu, kelab ‘rossoneri’ itu terlekat badi tersingkir di pusingan kedua sejak dua tahun lalu apabila tewas kepada Manchester United dan Tottenham dalam perlawanan yang diputuskan di San Siro.

Selepas itu Milan tidak lagi tewas di gelanggang sendiri kepada mana-mana pasukan dari England tetapi kini mereka berpeluang menamatkan badi itu.

Begitupun Milan perlu berjaga-jaga terutamanya dengan kehadiran Henry yang kini berusia 34 tahun.

Pemain antarabangsa Perancis itu membuktikan dia masih berada di tahap tertinggi beraksi selama enam minggu bersama Arsenal biarpun sekadar bergelar pemain simpanan.

Henry sudah dua kali menjadi penentu kemenangan Gunners sejak enam minggu lalu dan pengurus kelab, Arsene Wenger berharap pemain kesayangannya itu meninggalkan kenangan manis sebelum meninggalkan kelab.

“Saya harap dia mencetak lebih banyak gol dalam Liga Juara-Juara Khamis ini.

“Setakat ini dia menghadiahkan kami tiga mata dalam perlawanan yang sukar di Sunderland,” kata Wenger.

Arsenal mungkin lebih bersemangat dengan kehadiran Henry namun Milan juga bakal diperkuat bintang utama mereka.

Bintang penyerang, Zlatan Ibrahimovic kembali memperkuatkan pasukan meskipun masih digantung perlawanan dalam liga manakala Kevin-Prince Boateng, Alessandro Nesta, Mathieu Flamini dan Pato turut kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...