Pages

Saturday, February 19, 2011

Kami mampu menang empat trofi

WENGER yakin menguasai empat kejuaraan musim ini.
LONDON - Arsene Wenger menjelaskan bahawa Arsenal mampu mencipta sejarah baru dengan memenangi empat trofi pada musim ini.

Begitupun, pengurus The Gunners itu menasihatkan anak-anak buahnya supaya jangan memandang mudah Leyton Orient pada aksi Piala FA awal pagi esok, terutamanya selepas empat hari mengalahkan kelab gergasi Sepanyol, Bareclona dalam Liga Juara-Juara minggu lalu.

Arsenal sebelum ini telah pun layak ke final Piala Liga untuk berdepan Birmingham hujung bulan ini.

Mereka kini berada di tangga kedua Liga Perdana England, empat mata di belakang Manchester United dan kejayaan ke atas Barcelona pada aksi pertama saingan Liga Juara-Juara mencerahkan peluang mereka mara ke suku akhir kempen Eropah itu.

Wenger sedar untuk merangkul kesemua empat gelaran, ia memerlukan komitmen yang amat besar.

"Saya percaya kami mampu mara sejauh yang boleh dalam setiap kempen dan begitu juga dengan kekalahan secara mengejut.

"Semuanya bergantung kepada betapa kuatnya kepercayaan kami dan betapa banyaknya komitmen yang mampu kami tunjukkan.

"Apa yang menyakinkan saya ialah kami amat laparkan kejayaan dan kami juga mempunyai pemain berbakat. Kami semua akan cuba pergi sejauh yang mampu dalam semua kempen.

"Kami sekarang terlibat dalam semua empat kempen, jadi kami akan mencuba sebaik mungkin tugas saya pula ialah membawa pasukan ini melangkah sejauh yang boleh."- Agensi

3 comments:

  1. AW memang banyak omong...aku nk tgk la sejauh mane kata2 AW tu..,,,.ckp tak serupa bikin..,,..,

    ReplyDelete
  2. AW salah satu jurulatih kelab terbaik dunia.. jika AW cakap xserupa bikin dah lama kita jadi macam liverpool...

    itu kata2 bukan FAN ARSENAL yang sejati..

    ReplyDelete
  3. nk sejati mcm mne..,,ko sendiri dah nampak walaupun dia jurulatih terbaik didunia..,,tapi ramai dah muak dgn perangai dia tak ubah2..,,

    yg baru2 ni kalah teruk dgn MU sampai 8-2..,,sekarang nasi dah menjadi bubur..,,jgn ckp Fan sejati dgn tak sejati ape bezanya..,tetap fan arsenal gak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...