Pages

Monday, August 27, 2012

Dua Perlawanan - Tiada Jaringan Tiada Kemenangan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Fan Arsenal seluruh Malaysia.. Fuhhh, lama betul aku tak update blog, disebabkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar yang tak menentu.. Sedia maklum ramai semua sudah tahu peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia permindahan yang paling sensasi penyerang paling disayangi oleh fan arsenal selama ini Van Persie kini bergelar pemain Man Utd.. Hahaha Mamposs lahh..

Bagi aku berita ini tak ada satu kejutan yang perlu kita bersedih utk permergian Van persie ke puak-puak setan jahanam tu.. ini semua adalah atas kegagalan Arsenal tidak memenangi apa-apa pun piala selama lapan tahun RVP start bersama dengan Arsenal.. jika nak ikutkan pada musim yg lepas lagi RVP tidak berpuas hati kecewa dengan polisi Arsene Wenger terapkan tanpa kemasukan pemain bintang baru.

Pada musim lepas cuba kita lihat adakah pemain yang ada mampu untuk memenangi walaupun satu piala?.. kecewaan itu turut dialami oleh bekas kapten Arsenal Cese Fabregas yang turut tidak berpuas hati polisi jangka panjang yang diterapkan oleh Arsene Wenger kerana ramai pemain Arsenal yang hebat keluar mengatakan Arsenal tiada cita-cita dan tiada semangat yang cukup tinggi utk memenangi Piala..

Kini buat kali kedua Arsene Wenger cukup terdesak tidak mampu menghalang menyakinkan kaptennya RVP utk menyambung Contracknya bersama Arsenal utk kekal di Emirates. Kita harus tahu, Arsene Wenger sudah awal lagi menjangkan ia akan kehilangan buat kali kedua kaptennya dan dengan itu dia terpaksa memecahkan polisinya membeli belah sakan utk membawa masuk tiga pemain bintang baru Podolski, Giroud and Cazorla.. standby takut-takut kehilangan RVP.

Cazorla - Giroud - Podolski
Kemasukan ketiga bintang baru Gunner ini selepas kita melihat aksi mereka dua perlawan pembukaan EPL menentang Sunderland dan Stoke City kita melihat masih terkial-kial mencari rentak dan buntu membantu pasukan mencari kemenangan sulung apabila seri tampa jaring dua perlawanan pembukaan.

Mungkin ramai Fan Arsenal mengatakan masih peringkat awal lagi untuk membuktikan mereka ini tidak bagus kot.. tapi bila kita melihat game menentang Stoke City semalam aku merasakan masih belum cukup yakin lagi jentera serangan The Gunner walaupun kita mengatakan banyak serangan di kubu lawan tapi masih buntu tidak mampu utk menjaringan gol. Hantaran cantik yang selalu kita lihat setiap game Arsenal kini hilang menampakan lagi kelemahan tampa ketiadaan Tomas Rosicky dan Sagna yang masih berehat mengalami kecederaan.

Baru-baru ini jugak kita menerima kejutan berita Alex Song telah berhijrah ke Barcelona pemain yang banyak membantu RVP menjaringkan gol dengan hantaran dan lorongan bola yang hebat. Aku cukup hairan kenapa orang tua ni (Wenger) sanggup melepaskan Alex Song pergi ke Barcelona dengan alasan mengatakan dia (Song) yang mahu pergi kesana.. ialahh tuu, siapa yang taknak main dengan Barcelona.. duduk dibangku simpanan main kejap-kejap pun jadi lah..


Kalau setakat RVP belah aku tak kecewa sangat.. yang aku amat kecewa kehilangan Alex Song!! kenapa Wenger sanggup jual pemain ini?.. adakah kerana nak cover duit balik setelah membeli Podolski, Giroud and Cazorla atau mungkin pengurusan dalaman Arsenal yang nak sangat jual mamat ni.

Cuba kita perhatikan bila dengar berita saja kelab Barcelona ingin membeli salah satu pemain Arsenal aku melihat Arsene Wenger tidak mampu menghalang.. macam ada sesuatu pakatan pulak aku tengok..


Thursday, April 12, 2012

Van Persie kini legenda Arsenal



WOLVERHAMPTON: Arsene Wenger memuji Robin van Persie selepas penyerang Arsenal itu menyamai rekod Ian Wright, menjaringkan gol dalam pertemuan menentang hampir semua pasukan Liga Perdana dalam 38 perlawanan.

Van Persie menjaringkan gol awal menerusi sepakan penalti ketika Arsenal menang 3-0 ke atas Wolves sekali gus menyaksikannya melakukan jaringan dalam perlawanan membabitkan 17 daripada 19 pasukan liga musim ini dan hanya gagal melakar nama selaku penjaring menentang Fulham dan Manchester City.

Pemain legenda Gunners, Wright satu-satunya pemain yang pernah mengecapi pencapaian itu, cukup prolifik di depan gol dengan hanya pintu gol dua pasukan Sunderland dan Manchester United gagal ditembusi bekas pemain tengah antarabangsa England itu.

Andy Cole dan Alan Shearer sebelum ini pernah menjaringkan gol menentang 17 pasukan berbeza dalam kempen liga, tetapi pada masa itu Liga Perdana membabitkan 22 pasukan.

“Tahniah buatnya kerana mencapai tahap ini dalam permainan moden. Pencapaiannya sensasi kerana dia berjaya menggegar jaring 17 daripada 19 pasukan yang kami tentang,” kata Wenger.

“Dia boleh mengatasi rekod itu sekiranya menjaringkan gol ketika menentang Manchester City Ahad lalu tapi cubaannya dua kali menggegar palang.” Jaringan penalti diperoleh Van Persie selepas Sebastien Bassong dilayangkan kad merah kerana mengasari Theo Walcott yang menjaringkan gol kedua dua minit kemudian sebelum Yossi Benayoun melengkapkan kemenangan Arsenal pada babak kedua. - AFP

Monday, April 9, 2012

Highlights Arsenal v Man City - Wenger gembira tewaskan City


LONDON: Arsene Wenger (gambar) secara bersahaja berjenaka mengatakan Manchester City akan cuba memancing pemain Arsenal selepas melihat pemain Gunners memalukan bekas barisan bintang mereka.

Sindiran Wenger itu hadir selepas menyaksikan Gunners memberi tamparan hebat kepada kempen City memburu kejuaraan Liga Perdana, selepas pemainnya menang 1-0 di Stadium Emirates.

Tuesday, March 13, 2012

Walcott kunci senjata rahsia Arsenal untuk bangkit

Theo Walcott kunci nadi senjata rahsia Arsenal untuk bangkit

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya Theo Walcott akan menjadi kunci utama untuk kelab utara London itu berjuang menamatkan saingan di tempat ketiga.

Pemain sayap England itu melakukan hantaran penting untuk dua gol pasukannya ketika mencatatkan kemenangan dramatik di masa kecederaan menewaskan Newcastle United bagi membolehkan skuad kendalian Wenger itu merapatkan jarak kepada satu mata dengan Tottenham yang berada di tempat ketiga.

Robin Van Persie membuka jaringan selepas mendapat hantaran Walcott untuk meledak jaringan ke-33 musim ini.

Monday, March 12, 2012

Wenger gembira dengan kebangkitan

WENGER : 'It was a relentless effort again'

LONDON : Arsene Wenger memuji 'usaha tidak henti-henti' Arsenal sebagai kunci kemenangan terbaru mereka selepas kembali berjuang untuk mengalahkan Newcastle.

Kemenangan ini adalah kemenangan liga kelima berturut-turut untuk Gunners dan menggerakkan mereka dalam bersaing dengan Tottenham untuk merebut tiga teratas Liga Perdana.

Ia adalah permainan keempat berturut-turut di mana Arsenal telah bangkit daripada ketinggalan untuk mengambil semua tiga mata dan Wenger berkata pasukannya tidak pernah berputus asa.

"Ia adalah permainan komitmen mutlak di kedua-dua pihak, anda perlu memberi sebagai kredit kepada Newcastle" Wenger kepada Sky Sports 1 HD.

Perjanjian baru Rosicky bersama Arsenal

TOMAS ROSICKY: Pemain tengah Arsenal gembira telah menandatangani kontrak baru distadium Emirates
LONDON : Pemain tengah Arsenal, Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak baru dan mengakui ia merupakan satu 'penghormatan' berada di Stadium Emirates.

Pemain antarabangsa Republik Czech telah menjaringkan 19 gol dalam 156 penampilan untuk Gunners sejak menyertai dari Borussia Dortmund pada tahun 2006 dan dia terlepas 18 bulan setelah mengelami kecederaan.

Walaupun Rosicky telah dikaitkan dengan beberapa kelab semasa dalam usaha perpindahan Januari lalu, beliau gembira memilih tinggal bersama Gunners.

Wednesday, March 7, 2012

Wenger bangga dalam kekalahan

Masih boleh berbangga semangat yang ditunjukkan oleh anak buahnya

LONDON : Arsene Wenger percaya Arsenal boleh berbangga dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara dalam kelompok 16 pasukan untuk kemenangan mereka ke atas AC Milan.

The Gunners, yang dikatakan berada dalam krisis untuk bangkit hanya beberapa minggu yang lalu, tampil dekat dengan kebangkitan dalam bersejarah eropah menentang pendahulu Serie A kerana mereka mencatat kemenangan 3-0 di Stadium Emirates.

Tiga gol dari Laurent Koscielny, Tomas Rosicky dan Robin van Persie penalti menandakan Arsenal separuh pertama begitu bertenaga dan pantas, bagaimanapun separuh masa kedua Arsenal begitu terdesak setelah kekurangan pemain dilanda kecederaan berlari keluar.

Monday, March 5, 2012

Arsenal tagih keajaiban Van Persie

Van Persie (kiri) menikmati musim yang terbaik dalam kariernya bersama Arsenal

LONDON: Prestasi memuncak Robin van Persie memberikan harapan buat Arsenal “melaksanakan misi mustahil” apabila berhasrat memadam kelebihan empat gol dimiliki AC Milan pada aksi kedua, awal pagi esok.

Skuad The Gunners berharap Persie akan terus menampilkan aksi terbaik dalam usaha memadamkan defisit gol selepas tewas 0-4 pada pertemuan di San Siro bulan lalu.

Arsenal sedar tidak banyak pihak berani menyatakan mereka mampu melakukannya apabila turun beraksi pada perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Dalam sejarah 57 tahun kejohanan Uefa, hanya tiga pasukan berjaya melakukan hajat Arsenal yang tidak mahu tersingkir selepas tumpas 0-4 kepada pendahulu Serie A di San Siro bulan lalu.

Sunday, March 4, 2012

Wenger - Kita tidak boleh kehilangan RVP

VAN PERSIE (tengah) meledakkan kedua-dua gol Arsenal ketika menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield kelmarin
 
LIVERPOOL - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan penyerang, Robin van Persie terus kekal di Emirates musim depan.

Wenger menyuarakan keazaman itu selepas van Persie meledakkan kedua-dua gol Arsenal ketika menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

"Kami akan melakukan segala-galanya bagi memastikan van Persie kekal bersama kami. Ketika ini, itu sahaja yang mampu saya katakan.

"Van Persie adalah seorang pemain bertaraf dunia dan saya cukup berbangga dengannya. Ketika mula menyarung jersi Arsenal, tidak ada sesiapa pun yang mengenali van Persie dan kita sendiri dapat lihat di mana kedudukannya sekarang," kata Wenger.

Wednesday, February 29, 2012

Saya masih sayangkan Arsenal - RVP

KECEMERLANGAN yang dipamerkan van Persie sejak kebelakangan ini membolehkan dia kini muncul penjaring terbanyak liga
LONDON - Kapten Arsenal, Robin van Persie menyatakan hasrat untuk mengadakan rundingan berhubung lanjutan kontrak bersama The Gunners pada akhir musim ini.

Sebelum ini, van Persie mengakui dia enggan terburu-buru untuk menentukan masa depannya bersama Arsenal dan bercadang bertemu pengurus dan pengerusi kelab bagi membincangkan lanjutan kontrak.

Pemain yang berusia 28 tahun itu kembali menyerlah pada musim ini namun kontraknya dijadual berakhir musim panas tahun depan yang mana penyerang Belanda itu mahu mengemukakan syarat-syarat peribadi.

Tuesday, February 14, 2012

Amaran Henry untuk tanda perpisahahn kelab kesayanganya

Thierry Henry: Impak yang paling besar untuk Arsenal dalam suis pinjaman dari MLS

MILAN: Thierry Henry berazam memberi hadiah hari jadi terbaik sebagai tanda perpisahan kepada kelab kesayangannya pada penampilan terakhir bersama Arsenal menentang AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara, esok.

Henry yang membuat penampilan kedua bersama kelab Utara London itu akan kembali ke New York Red Bulls dalam Major League Soccer (MSL).

Selepas mengakhiri komitmen di Liga Perdana dengan cemerlang Sabtu lalu apabila muncul penjaring gol kemenangan ke atas Sunderland, Henry kini mahu meninggalkan kesan sama ketika beraksi di San Siro.

Tuesday, January 31, 2012

Kami akan berjuang habis-habisan untuk tiga mata - Vermaelen

VERMAELEN (kiri) yakin Arsenal mampu menamatkan saingan Liga Perdana England dalam kelompok empat teratas.
LONDON - Arsenal telah melalui banyak 'detik hitam' dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Bagaimanapun, pemain pertahanan, Thomas Vermaelen yakin kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa pada aksi pusingan keempat Piala FA Ahad lalu mampu melonjakkan keyakinan pasukan untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

Skuad The Gunners yang dibimbing Arsene Wenger itu akan meneruskan saingan liga musim ini dengan berkunjung ke Bolton Wanderers awal pagi esok.

Tuesday, January 10, 2012

Wenger puji Kehebatan Hanry, Ianya Seperti Mimpi - WENGER

HENRY menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada penampilan semula di Stadium Emirates
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menggambarkan gol kemenangan yang dijaringkan Thierry Henry ketika mengalahkan Leeds United 1-0 adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan.

Henry, 34, hanya memerlukan 10 minit untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Penyerang Perancis itu masuk dari bangku simpanan pada minit ke-68 dan membolosi gawang kelab dari Liga Kejuaraan itu dengan penyudah yang cukup sempurna selepas menerima hantaran Alex Song.

Wednesday, December 28, 2011

Wolves hampakan The Gunners..

HENNESSEY (kanan) beraksi cemerlang bagi menghalang percubaan barisan penyerang Arsenal pada pertemuan Liga Perdana England awal pagi semalam.
LONDON - Arsenal mempersia-siakan peluang untuk memintas kedudukan Chelsea di tangga keempat Liga Perdana England selepas terikat 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam.

Keputusan seri di Stadium Emirates itu menyaksikan skuad The Gunners kini sekadar mengutip 33 mata, 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan Manchester United.

Friday, December 9, 2011

Penyokong Arsenal telah lupa mengenai jualan musim panas - YOSSI BENAYOUN

Yossi Benayoun percaya Arsenal telah pulih sepenuhnya daripada musim panas yang sukar dan mendapatkan penamat empat teratas dalam Premier League
YOSSI Benayoun percaya Arsenal sudah pulih sepenuhnya daripada musim panas yang menyukarkan dan kini berada di landasan terbaik untuk mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat teratas.

Gunners berdepan masalah besar pada awal musim ini berikutan perpindahan dua pemain paling berbakat dimiliki kelab utara London itu.

Pemain tengah, Cesc Fabregas dan Samir Nasri masing-masing berpindah ke Barcelona dan Manchester City dan pasukan berwajah baru Arsene Wenger terkial-kial untuk mempamerkan persembahan biasa mereka lantas mengalami kekalahan demi kekalahan.

Tuesday, December 6, 2011

Olympiacos memainkan permainan yang amat komited Kami berhak kalah - WENGER

Arsenal menyerahkan rekod tanpa kalah mereka dalam Kumpulan F Juara-Juara Liga selepas tewas 3-1 di Olympiacos

ATHENS: Permainan anak buah Arsene Wenger tidak mengikut pelan dirancang kerana bermain di bawah kekuatan sebenar dan ianya berakhir peringkat kumpulan F Liga Juara-Juara dengan kekalahan memalukan 3-1 di Olympiakos.

"Kami mempunyai peluang awal minit permainan tetapi Olympiacos memainkan permainan yang amat komited. Mereka membuat satu pertempuran yang baik dan kami kehilangan bola yang terlalu banyak terutama pada separuh pertama.Kami agak tidak selamat ". kata Arsene Wenger

"Kita mesti memberi kredit kepada Olympiakos malam ini kerana mereka bermain permainan yang sangat fizikal dan pada separuh pertama, ia sangat sukar untuk kita".

Monday, December 5, 2011

Arsenal menurunkan pasukan kedua dan mahu kekalkan rekod tanpa kalah mereka


Arsene Wenger: Telah memilih untuk meninggalkan beberapa pemain bintangnya untuk perjalanan ke Athens untuk memberi pasukan keduanya beraksi.

ATHENS: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) yakin skuad kendaliannya akan mempamerkan aksi terbaik menentang Olympiakos di Greece dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok walaupun ia tidak membawa sebarang makna kepada mereka.

Gunners sudah layak ke pusingan kedua selaku juara kumpulan dan Wenger mungkin menurunkan pasukan kedua bagi pertemuan itu.

Dua musim lalu, Arsenal berada dalam situasi sama dan Wenger memilih untuk menurunkan skuad muda dengan purata umur pemain berusia 21 tahun, paling muda dalam Liga Juara-Juara.

Monday, November 28, 2011

Arsenal, City dijangka tampil skuad simpanan untuk pertemuan Piala Liga



WENGER (tengah) bakal merehatkan beberapa pemain utama Arsenal pada pertemuan Piala Liga menentang City di Stadium Emirates awal pagi esok.

LONDON - Arsenal dan Manchester City masing-masing dijangka akan menurunkan barisan pemain simpanan pada aksi suku akhir Piala Liga awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan itu tidak mahu mengambil risiko, sekali gus merehatkan beberapa pemain bintang ekoran jadual perlawanan yang masih padat termasuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara.

"Saya terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan utama pada pertemuan menentang City nanti kerana pemain-pemain saya masih mengalami keletihan daripada aspek mental dan fizikal," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Sunday, November 27, 2011

Faktor keletihan - Wenger dijangka lakukan pertukaran barisan pemainnya

Thomas Vermaelen menjaringkan gol penyamaan Arsenal di hujung perlawanan untuk Arsenal seri 1-1 dengan Fulham di Stadium Emirates. Pertahanan Belgium menanduk gol penyamaan lapan minit terakhir  perlawanan untuk  memberi mereka satu mata  bagi pasukan Arsene Wenger.
LONDON: Arsene Wenger dijangka akan membuat pertukaran dalam barisan kesebelasan utamanya untuk saingan Piala Liga minggu ini selepas mengakui faktor kepenatan menyebabkan mereka gagal memungut mata penuh ketika bertemu Fulham.

Thomas Vermaelen menyumbang gol tunggal Arsenal ketika seri 1-1 di Stadium Emirates menerusi tandukannya, namun sebelum itu dia menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Wenger percaya, skuadnya masih belum cergas sepenuhnya selepas mengharungi perlawanan bertemu Borrussia Dortmund di saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu yang menyaksikan Arsenal menempah tiket ke pusingan kalah mati.

Thursday, November 24, 2011

Wenger - "Arsenal adalah nyawa saya"

Para pemain Arsenal meraikan kejayaan mereka menewaskan Dortmund 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menafikan spekulasi bahawa dia sedang mempertimbangkan kariernya bersama pasukan itu.

Wenger dilaporkan telah memberitahu peminat skuad The Gunners bahawa beliau tidak berminat untuk meninggalkan pasukan itu sebelum aksi menentang Borussia Dortmund pada kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...